Kabinet bincang isu rakyat Malaysia terkandas di India, penerbangan khas diusahakan – Datuk Seri M. Saravanan

PUTRAJAYA, Mac 18: Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan mengesahkan bahawa isu ratusan rakyat Malaysia yang terkandas di lapangan terbang negara India telah dibincangkan di dalam mesyuarat kabinet hari ini dan kerajaan komited bagi membawa pulang mereka pada kadar segera.

“Proses membawa pulang mereka yang terkandas melibatkan prosedur diplomatik, memandangkan ianya berikutan keputusan kerajaan negara India bagi membatalkan penerbangan keluar masuk beberapa negara tertentu, termasuk Malaysia.”

“Menteri Luar Dato’ Seri Hishammuddin Hussein juga telah menyampaikan keresahan Presiden MIC Tan Sri SA Vigneswaran mengenai isu berkenaan. Wisma Putra kini di dalam usaha mendapatkan kebenaran melalui kementerian luar negara India bagi penerbangan khas membawa pulang rakyat Malaysia,” jelas Datuk Seri M. Saravanan.

Datuk Seri M. Saravanan turut berkata bahawa statistik rakyat yang terkandas mengikut lokasi kini dikemaskini bagi tujuan logistik. Pada masa yang sama, MIC telah mengusahakan kemudahan penginapan dan makanan bagi rakyat Malaysia yang terkandas tersebut. Beliau meminta mereka agar bersabar sementara kebenaran penerbangan khas diperolehi di dalam masa terdekat. – The Sentral

Google+ Linkedin

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

*