Kesemua 1519 rakyat Malaysia terkandas di India akan dibawa pulang – Datuk Seri M. Saravanan

Kesemua 1519 rakyat Malaysia terkandas di India akan dibawa pulang – Datuk Seri M. Saravanan

PUTRAJAYA, Mac 21: Kesemua 1519 rakyat Malaysia yang terkandas di negara India akan dibawa pulang ke tanahair melalui penerbangan khas Air Asia dan Malaysia Airlines, kata Timbalan Menteri Luar Negeri Dato’ Kamarudin Jaffar dan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan di dalam sidang media online yang disiarkan melalui laman Facebook Wisma Putra sebentar tadi.

“Fasa pertama, seramai 1100 rakyat Malaysia dari Chennai dan Trichy akan dibawa pulang ke Malaysia melalui 6 pesawat Air Asia yang sewa khasnya ditanggung oleh parti MIC. 400 lagi rakyat Malaysia akan dibawa pulang melalui fasa kedua melibatkan pesawat Malaysia Airlines dari Chennai dan Mumbai. Terima kasih kepada MIC di atas kerjasama yang dihulurkan kepada usaha Wisma Putra” kata Dato’ Kamarudin Jaffar.

“Proses dan prosedur membawa pulang rakyat Malaysia bukanlah mudah seperti yang segelintir pihak fikirkan. Ia melibatkan proses diplomatik dan kebenaran khas Kerajaan India, selain dari urusan persediaan jadual penerbangan. Presiden MIC Tan Sri SA Vigneswaran dan Menteri Luar Dato’ Seri Hishammuddin telah bertungkus lumus di dalam merealisasikan usaha membawa pulang rakyat Malaysia ini,” jelas Datuk Seri M. Saravanan di dalam sidang media tersebut.

Google+ Linkedin

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

*