(TERKINI) PM umum Perintah Kawalan Pergerakan dilanjut sehingga 14 April 2020

PUTRAJAYA, Mac 25: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi mengumumkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan sehingga 14 April 2020.

“Di negara kita, daripada kes pertama jangkitan COVID19 dikesan, sehingga jam 12 tengahari ini jumlah kes 5 positif telah meningkat kepada 1,796 kes, iaitu penambahan 172 kes baharu pada hari ini.Tujuh hari yang lalu, jumlah keseluruhan kes COVID-19 ialah 673 kes. Ini bermakna, kes positif COVID 19 telah meningkat lebih sekali ganda dalam tempoh hanya satu minggu. Jumlah kematian juga telah meningkat kepada 17 orang termasuk seorang doktor,” kata Perdana Menteri di dalam siaran langsung sidang media beliau.

“Usaha-usaha akan terus dibuat untuk mencegah penularan COVID 19 sehinggalah kita benar-benar dapat membendung wabak ini dengan cara memutuskan rantaian jangkitan sepenuhnya.”

“Saya telah diberikan taklimat oleh Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara. Trend semasa menunjukkan kes-kes positif COVID 19 yang baharu masih berlaku. Trend ini dijangka akan berterusan untuk beberapa ketika sebelum kes-kes baharu mula menurun. Ini menuntut kerajaan untuk meneruskan Perintah Kawalan Pergerakan bagi satu tempoh masa yang lebih lama.”

“Sehubungan itu, kerajaan telah memutuskan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan akan dilanjutkan sehingga 14 April 2020,” umum Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Google+ Linkedin

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

*