Komuniti Sikh hargai keprihatinan MIC dan Wisma Putra bawa balik rakyat Malaysia dari Punjab

KUALA LUMPUR, Mac 29: Komuniti Sikh di Malaysia merakamkan penghargaan kepada parti MIC dan Kementerian Luar Negeri di atas komitmen dan keprihatinan di dalam membawa balik rakyat Malaysia yang terkandas di Punjab, India.

“Terima kasih kepada Presiden MIC yang juga Yang Di Pertua Dewan Negara Tan Sri SA Vigneswaran, Timbalan Presiden MIC yang juga Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan, Menteri Luar Negeri Dato’ Seri Hishammuddin Hussein, Bendahari Agung MIC yang juga pengasas Yayasan Sikh Malaysia Dato’ Amrit Kaur, Wisma Putra, Kedutaan Malaysia di India dan semua pihak yang terlibat di dalam misi membawa pulang rakyat Malaysia yang terkandas di Punjab,” kata wakil komuniti Sikh di Malaysia.

Kesemua 179 rakyat Malaysia tersebut dijangka akan berlepas melalui pesawat Malindo dari Lapangan Terbang Amritsar, Punjab dan mendarat di KLIA jam 10.25 malam, Isnin, esok. MIC secara keseluruhan telah membiayai 18 penerbangan dari India dan 1 penerbangan dari Bangladesh bagi membawa pulang lebih 3400 orang rakyat Malaysia yang terkandas melalui ‘smart partnership’ bersama Wisma Putra dengan sokongan rakan korporat.

“Usaha MIC adalah bersifat inklusif dan demi kebajikan dan keselamatan rakyat Malaysia. Ramai rakyat Malaysia yang terkandas di Punjab menghadapi kesukaran dari segi penginapan, pengangkutan dan makanan. Usaha gigih MIC bersama Yayasan Sikh Malaysia melalui Wisma Putra akhirnya membawa nafas lega, dan mereka akan pulang ke tanahair esok,” kata Dato’ Amrit Kaur. – The Sentral

Google+ Linkedin

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

*