Kes korban Covid-19 global mencecah 226,000 dengan jangkitan 3.17 juta orang

Kes korban Covid-19 global mencecah 226,000 dengan jangkitan 3.17 juta orang

WASHINGTON, Apr 30: Angka korban akibat COVID-19 di seluruh dunia terus meningkat dengan pertambahan 10,000 kes lagi dalam tempoh 24 jam yang lepas.

Jumlah keseluruhan yang maut akibat wabak itu kini melebihi 226,000 kes.

Menurut statistik Johns Hopkins University, sebanyak lima negara mencatat lebih 20,000 kes maut dalam tempoh 24 jam.

Amerika Syarikat kekal sebagai negara dengan angka korban tertinggi dan satu-satunya negara yang melebihi 60,000 kematian.

Manakala, kes positif COVID-19 di seluruh dunia terus meningkat dengan jumlah kumulatif melepasi 3.17 juta orang setakat ini.

Data Johns Hopkins University menunjukkan, kes positif di Amerika Syarikat tiada tanda-tanda akan reda apabila jumlah kumulatif kini merekodkan 1.03 juta kes.

Dalam tempoh 24 jam yang lalu, tujuh negara dilaporkan kini mempunyai kes positif melebihi 100,000 dengan Sepanyol kekal negara kedua tertinggi (232,000 kes).

Ketika Itali mengumumkan bakal menarik balik sekatan pergerakan secara beransur-ansur, ia kini menjadi negara ketiga di dunia yang mempunyai kes positif COVID-19 melepasi 200,000.

Google+ Linkedin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

*