Menteri Sumber Manusia mengesahkan program ERP di bawah PERKESO masih berjalan

Menteri Sumber Manusia mengesahkan program ERP di bawah PERKESO masih berjalan

PUTRAJAYA, Mei 2- Kementerian Sumber Manusia hari ini mengesahkan bahawa Program Pengekalan Pekerjaan (Employment Retention Program (ERP)) di bawah PERKESO yang telah diperkenalkan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) yang telah diumumkan Kerajaan pada 16 Mac 2020 masih berjalan dan para majikan masih boleh mengemukakan permohonan.

Menterinya Datuk Seri M. Saravanan di dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa permohonan yang telah dibuat dan diluluskan juga akan menerima bantuan kewangan di bawah program ini. Program ERP ini adalah bantuan segera sebanyak RM600 sebulan kepada pekerja yang menerima notis cuti tanpa gaji oleh majikan yang terjejas akibat COVID-19.

Setakat 1 Mei 2020, PERKESO telah menerima sebanyak 27,222 permohonan daripada majikan yang membabitkan seramai 230,652 pekerja. Bantuan dibayar kepada pekerja melalui majikan masing-masing.

Program ERP ini khusus untuk pekerja swasta yang berdaftar dan mencarum dengan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) dan bergaji RM4,000 ke bawah. Kerajaan menyediakan peruntukan sebanyak RM120 juta bagi program ini. Ketika ini, PERKESO masih memproses permohonan untuk ERP dan akan mengagihkan dana kepada permohonan yang telah diluluskan berdasarkan syarat ditetapkan.

Google+ Linkedin

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

*