Hukuman ingkar PKP diputuskan mahkamah, kerajaan tidak campur tangan sistem kehakiman

Hukuman ingkar PKP diputuskan mahkamah, kerajaan tidak campur tangan sistem kehakiman

PUTRAJAYA, Mei 6 – Kerajaan tidak campur tangan dalam keputusan atau hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah terhadap individu yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia berdasarkan kepada konsep demokrasi negara yang memberikan kebebasan terhadap sistem kehakiman negara.

“Mengenai hukuman berbeza di bawah Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) di mana hukumannya maksimum ialah RM1,000 atau penjara selama enam bulan. Saya ingin maklumkan bahawa kuasa menjatuhkan hukuman atau denda terletak kepada majistret.

“Kerajaan tidak campur tangan dalam keputusan terhadap mana-mana individu yang dituduh kerana melanggar akta tersebut. Ia terserah kepada budi bicara mahkamah yang menjatuhkan hukuman,” katanya pada sidang akhbar (Non-Health) selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan daripada pemberita berhubung persoalan orang ramai mengenai jumlah denda berbeza yang dijatuhkan terhadap individu yang melanggar Akta 342.

Google+ Linkedin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

*