Kenapa ‘double standard’, ibu tunggal dipenjara langgar PKP persoal denda terhadap anak Zahid

Kenapa ‘double standard’, ibu tunggal dipenjara langgar PKP persoal denda terhadap anak Zahid

KUALA LUMPUR, Mei 6: B Lisa Christina, ibu tunggal yang dikenakan hukuman denda maksimum RM1,000 bagi menggantikan hukuman penjara 30 hari kerana kesalahan melanggar perintah kawalan pergerakan (PKP) mempertikai keputusan mahkamah yang mengenakan denda RM800 ke atas anak dan menantu bekas timbalan perdana menteri Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi atas kesalahan sama.

B Lisa Christina mempersoalkan kewujudan keputusan berat sebelah di mana mereka berdua dikenakan denda lebih rendah.

“Semasa saya dipenjara selama 8 hari, perasaan saya hancur berkecai kerana tidak dapat melihat anak dan berasa sangat malu. Saya juga terpaksa meminjam wang daripada emak sebanyak RM1,000 untuk membayar denda.

“Hari ini, saya baca anak Zahid hanya diberikan denda RM800 atas kesalahan yang lebih besar dan tidak ada hukuman penjara dikenakan terhadapnya.

“Adakah saya rakyat kelas kedua di negara ini? Kenapa wujud tindakan berat sebelah? Saya perlukan penjelasan berhubung perkara ini,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Lisa, yang mempunyai seorang anak lelaki berusia 6 tahun, dihantar ke penjara Kajang selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dikenakan terhadapnya di Mahkamah Majistret Petaling Jaya.

Dia yang tinggal di tingkat 5 sebuah unit apartment keluar membeli sepeket minuman di sebuah kedai berhampiran dan berhenti untuk berbual seketika bersama 3 individu lain sebelum pulang ke rumah, ketika itulah dia ditahan polis.

Tempoh penjaranya ditukar dengan denda selepas hakim mengambil kira kesalahan yang dilakukannya itu merupakan kesalahan pertama dan diperintah dipenjara selama 8 hari.

Individu yang melanggar Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) boleh didenda maksimum RM1,000, penjara hingga 6 bulan atau kedua-duanya.

Google+ Linkedin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

*