Kes positif Covid-19 global  menghampiri 3.6 juta dengan angka korban melebihi 255,000

Kes positif Covid-19 global menghampiri 3.6 juta dengan angka korban melebihi 255,000

WASHINGTON, Mei 6: Kes positif COVID-19 seluruh dunia terus meningkat dengan jumlah kumulatif kini menghampiri 3.6 juta orang, pertambahan lebih 80,000 kes.

Data Johns Hopkins University menunjukkan, sembilan negara kini mempunyai kes jangkitan melebihi 100,000 kes.

Amerika Syarikat (AS) satu-satunya negara yang mempunyai angka jangkitan melebihi 1 juta dengan jumlah kumulatif kes positif 1.19 juta.

Angka korban akibat COVID-19 di seluruh dunia juga terus meningkat dengan pertambahan 5,000 kes lagi dalam tempoh 24 jam. Jumlah keseluruhan yang maut akibat wabak itu kini melebihi 255,000 kes.

Google+ Linkedin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

*