Angka jangkitan Covid-19 global menghampiri 5 juta, dengan 326,000 korban

Angka jangkitan Covid-19 global menghampiri 5 juta, dengan 326,000 korban

WASHINGTON, Mei 21: Jumlah kes jangkitan Covid-19 global menghampiri 5 juta, dengan 4.95 juta kes dilaporkan di seluruh dunia sehingga pagi tadi.

Sementara itu, kes korban akibat COVID-19 di seluruh dunia terus meningkat sebanyak 3,000 kes dalam tempoh 24 jam.

Jumlah keseluruhan yang maut akibat wabak itu kini melepasi angka hampir 325,000 kes.

Menurut statistik dari Johns Hopkins University, tiga  negara kini melepasi angka 30,000 kematian.

Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai negara merekodkan kematian tertinggi dengan 92,000 kes.

United Kingdom dan Itali masing-masing berada di kedudukan kedua dan ketiga dengan lebih 35,000 dan 32,000 kes.

Google+ Linkedin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

*