Dagangan saham MYEG di Bursa Malaysia digantung

Dagangan saham MYEG di Bursa Malaysia digantung

KUALA LUMPUR, Mei 22: Bursa Malaysia Securities Bhd meluluskan permohonan MYEG Services Bhd untuk menggantung dagangan sahamnya mulai 9 pagi hingga 5 petang hari ini, sementara menunggu pengumuman syarikat itu mengenai maklumat penting.

“Permohonan penggantungan itu dibuat di bawah Perenggan 3.1 (c) Nota Amalan 2 mengenai Permohonan untuk Penggantungan Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd,” menurut MYEG dalam makluman kepada bursa hari ini.

Saham MYEG ditutup pada RM1.48 pada Khamis.

– Bernama

Google+ Linkedin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

*