Dr M, Mukhriz bersama 3 lagi ahli Parlimen dipecat dari PPBM

Dr M, Mukhriz bersama 3 lagi ahli Parlimen dipecat dari PPBM

KUALA LUMPUR, Mei 28: Dr Mahathir Mohamad, Timbalan Presiden PPBM, Mukhriz Mahathir dan Ketua Pemudanya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman antara 5 ahli Parlimen yang dipecat parti itu kerana menentang penubuhan kerajaan Perikatan Nasional.

Ahli Parlimen Simpang Renggam, Maszlee Malik dan Ahli Parlimen Kubang Pasu, Amiruddin Hamzah turut dipecat bersama 3 pemimpin itu.

Ahli Parlimen terbabit duduk bersama blok pembangkang ketika sidang Dewan Rakyat sehari pada 18 Mei lalu.

“Maka dengan ini, dimaklumkan bahawa menurut Fasal 10.2.2 dan 10.2.3 Perlembagaan PPBM, keahlian anda dalam PPBM adalah terhenti serta-merta,” menurut surat pemecatan tersebut.

Fasal 10.2.2 perlembagaan PPBM menyatakan pemberhentian dan pemecatan ahli berlaku apabila mereka mengisytiharkan keluar parti.

Fasal 10.2.3 pula menyatakan pemberhentian dan pemecatan ahli berlaku apabila mereka menyertai atau menjadi ahli parti politik lain.

Google+ Linkedin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

*