Peringatan: 31 Mei tarikh akhir rayuan Bantuan Prihatin Nasional

Peringatan: 31 Mei tarikh akhir rayuan Bantuan Prihatin Nasional

KUALA LUMPUR, Mei 28: Tarikh akhir permohonan rayuan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) ialah pada 31 Mei ini (2020), kata Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

“Rayuan BPN boleh dibuat dengan mengemukakan dokumen sokongan dengan hadir ke cawangan LHDNM atau mengemukakan e-mel ke rayuanbpn@hasil.gov.my,” menurut LHDN dalam satu kenyataan hari ini.

Pada 10 Mei Kementerian Kewangan melanjutkan tempoh rayuan permohonan BPN sehingga 31 Mei ini selepas mengambil kira aduan orang ramai yang gagal memohon atas pelbagai sebab.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan perkara itu dan menjelaskan antara sebab permohonan ditolak ialah maklumat tidak lengkap atau pemohon bagi kategori bujang sebenarnya sudah merima bantuan untuk pelajar.

Permohonan juga ditolak kerana rekod menunjukkan pendapatan pemohon melebihi syarat.

Penerima BPN setakat ini berjumlah 10.6 juta orang membabitkan jumlah bayaran RM11 billion.

Google+ Linkedin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

*