416 orang petugas kesihatan dijangkiti Covid-19

416 orang petugas kesihatan dijangkiti Covid-19

PUTRAJAYA, Jun 14: Seramai 416 kakitangan Kementerian Kesihatan dijangkiti dengan wabak COVID-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pihaknya tidak merekodkan sebarang peningkatan jumlah kes membabitkan kakitangan kementerian itu setakat hari ini.

Beliau berkata, 80 peratus daripada mereka mendapat jangkitan itu dari luar kemudahan kesihatan, manakala kira-kira 20 peratus lagi jangkitan daripada pesakit dan rakan sekerja.

“Kita hanya mempunyai data membabitkan kakitangan Kementerian Kesihatan saja dan tidak ada data membabitkan petugas barisan hadapan daripada agensi lain.

“Seramai 416 yang dikesan positif tetapi 80 peratus mendapat jangkitan di luar,” katanya pada sidang media harian COVID-19, di sini, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata demikian apabila ditanya mengenai kadar jangkitan dalam kalangan petugas barisan hadapan, termasuk tentera dan polis sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.

Media sebelum ini melaporkan, seorang doktor perubatan menjadi mangsa jangkitan COVID-19 pertama dalam kalangan petugas kesihatan selepas disahkan meninggal dunia jam 10.33 pagi 22 Mac lalu.

Pada 26 Mac pula, seorang pegawai polis, Allahyarham Inspektor Mohd Fairos Saberon, 36, yang meninggal dunia akibat jangkitan COVID-19.

Selain itu, beberapa kakitangan di Hospital Teluk Intan dan Hospital Umum Kuching, sebelum ini turut dilaporkan terkena jangkitan wabak berkenaan.

Google+ Linkedin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

*