BN umum Mohd Sharim calon PRK Chini

BN umum Mohd Sharim calon PRK Chini

PEKAN, Jun 18: Pengerusi Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) Wilayah Kuantan, Mohd Sharim Md Zin adalah calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding bagi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini 4 Julai depan, kata Pengerusi BN Pahang Dato’ Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Wan Rosdy berkata, pemilihan Mohd Sharim dibuat selepas BN Pahang melakukan tinjauan dan turut mendapatkan pandangan daripada pengundi di DUN Chini dan rakan dalam Muafakat Nasional.

“Kami juga memahami hasrat orang muda, supaya golongan ini dapat diberikan ruang dan peluang supaya suara anak muda dapat kedengaran di Dewan Undangan Negeri Pahang nanti.

“Calon yang akan kita pertaruhkan pada PRK DUN Chini adalah seorang calon muda, anak tempatan, berpengalaman dalam organisasi belia, termasuk organisasi Felda.

“Beliau, Mohd Sharim Md Zin, juga merupakan ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Pekan. Saya berdoa supaya calon BN ini akan mendapat keberkatan Allah,” katanya dalam majlis pengumuman calon BN, hari ini.

Penamaan calon bagi PRK Chini di Pahang akan diadakan 20 Jun ini dan hari mengundi pada 4 Julai nanti.

PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya, Abu Bakar Harun, 60, akibat serangan jantung selepas terjatuh dan mengalami sesak nafas pada 7 Mei lalu.

Google+ Linkedin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

*