Kerajaan komited pastikan keberkesanan program gelandangan

Kerajaan komited pastikan keberkesanan program gelandangan

KUALA LUMPUR, 18 Jun  — Kerajaan akan memastikan setiap bantuan dan program sokongan kepada golongan gelandangan dibuat secara berkesan agar tiada yang kembali hidup sedemikian, kata Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa. 

Beliau berkata perkara itu merupakan antara fokus utama yang diusahakan kementerian agar tiada masyarakat yang menjadikan gelandangan sebagai budaya hidup.

“Kerajaan percaya setiap individu punyai potensi untuk maju. Saya juga harap jika ada yang berniat datang ke Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan datanglah terus kepada kita (kementerian). Usahlah pilih untuk hidup bergelandangan. 

“Mereka yang niat cari kerja di KL, disyorkan datang terus ke Jabatan Tenaga Kerja atau Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Dianggarkan hampir 1,000 peluang pekerjaan diwujudkan secara segera bagi mereka yang sedang mencari kerja,” katanya kepada pemberita hari ini. 

Terdahulu Annuar melakukan ‘flag off’ pada majlis penghantaran lebih 200 gelandangan untuk mengikuti Latihan Khas di Kem PLKN, Sepang serta pemulihan dan bimbingan di Drug Intervention Community, Kuantan Pahang yang berlepas menaiki tujuh buah bas dari Pusat Transit Gelandangan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Annuar berkata golongan gelandangan juga bukan diambil bekerja ‘begitu’ sahaja, namun turut diberikan latihan serta pembangunan diri termasuk daripada aspek pengukuhan psikologi untuk meningkatkan potensi diri agar berjaya keluar dari kehidupan ‘lama’ secara kekal.

Kementerian turut mempunyai pelbagai perancangan lain lagi antaranya membuka peluang perniagaan kepada anak muda dan penumpuan pembangunan semula ekonomi rakyat meliputi aspek perumahan, perbandaran serta sukan. 

Google+ Linkedin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

*