Menteri Wilayah Persekutuan arah penguatkuasaan konsisten basmi peniaga asing haram

Menteri Wilayah Persekutuan arah penguatkuasaan konsisten basmi peniaga asing haram

KUALA LUMPUR, Jun 18: Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa mengarahkan penguatkuasaan konsisten membasmi peniaga warga asing yang berniaga secara haram di sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur, Selayang.

Beliau berkata masih ada aktiviti melibatkan warga asing di sekitar pasar borong itu, walaupu pasar itu sendiri tiada warga asing yang berniaga secara haram.

“Jangan buat sekali dan tidak buat dah. Kadang-kadang, masalah itu masalah kita sendiri,” katanya pada sidang media selepas melawat Pusat Gelandangan Kuala Lumpur hari ini.

Beliau mengulas pertanyaan pemberita adakah masih ada perniagaan haram melibatkan warga asing di pasar borong itu.

Annuar berkata setakat ini sudah hampir 200 premis haram milik warga asing disita Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Google+ Linkedin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

*