Syed Saddiq disiasat polis berkenaan temubual Al Jazeera

Syed Saddiq disiasat polis berkenaan temubual Al Jazeera

KUALA LUMPUR, Jun 18: Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Abdul Rahman dipanggil ke Bukit Aman untuk memberi keterangan berkaitan wawancara Al Jazeera pada 6 Mac.

Syed Saddiq dimaklumkan siasatan bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

“Saya dipanggil Bukit Aman untuk memberi keterangan siasatan bagi temubual saya bersama Mehdi Hasan. Temubual ini untuk siaran Al Jazeera pada 6 Mac 2020, hampir 4 bulan lepas.”

“Saya sedia untuk memberi kerjasama penuh dengan pihak polis. Berani kerana benar,” katanya di Twitter hari ini.

Google+ Linkedin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

*