Pemuda MIC cadang permohonan GKP dibuka semula bagi PKS yang tercicir

Pemuda MIC cadang permohonan GKP dibuka semula bagi PKS yang tercicir

KUALA LUMPUR, Jun 22: Pergerakan Pemuda MIC Negeri Selangor hari ini mencadangkan kepada kerajaan agar permohonan Geran Khas Prihatin (PKP) dibuka semula bagi golongan pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang tercicir atau terlepas semasa fasa permohonan asal.

“GKP sememangnya membawa nafas lega kepada ratusan ribu pengusaha PKS yang terkesan akibat penularan wabak Covid-19 dan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan. Bantuan RM 3,000 tersebut amat bermakna buat mereka, dan ianya menjamin kelangsungan ekonomi dan perniagaan,” kata Thiaga Rajan Anantharajoo, Timbalan Ketua Pemuda MIC Negeri Selangor.

“Walaupun kerajaan telah memberi tempoh masa yang sewajarnya bagi permohonan GKP, namun masih terdapat segelintir usahawan yang terlepas dari memohon bantuan tersebut disebabkan oleh beberapa faktor, termasuk kurang arif mengenai permohonan online, sangsi akan kelayakan permohonan dan ada juga yang langsung tidak peka atau tidak ketahui mengenai bantuan tersebut sama sekali. Pemuda MIC terus menerima keluhan dan permintaan dari golongan sedemikian.”

“Menurut statistik Kementerian Kewangan, sebanyak 642,976 permohonan bagi GKP telah diterima, walhal kerajaan telah memperuntukkan RM 2.1 billion bagi 700,000 pengusaha PKS di bawah pakej PRIHATIN. Ini jelas mencerminkan kegagalan pengusaha PKS membuat permohonan GKP walaupun dana kerajaan tersedia buat mereka,” tambah Thiaga Rajan lagi.

Untuk makluman, permohonan fasa asal GKP telah ditutup pada 31 Mei 2020 yang lalu. Bayaran kepada permohonan yang lulus telahpun dibuat mulai 15 Jun 2020.

“Maka, kami memohon pertimbangan kerajaan bagi membuka fasa permohonan khas GKP demi membantu pengusaha PKS tersebut dengan syarat kelayakan dikekalkan. Keprihatinan Kerajaan Perikatan Nasional di dalam menyantuni keperluan rakyat tatkala mengharungi cabaran Covid-19 memang terserlah, dan sebarang keputusan bagi membuka semula permohonan GKP sesungguhnya akan dihargai oleh pengusaha PKS yang terbabit,” ulas Thiaga Rajan.

Google+ Linkedin

14 Comments

  • P.S Ravendran

    Good idea many small business man are suffering and effected with financial aids for their since lockdown period,.Rental ,office expenses, staff salary .Thinks small help will keep going in business.

  • YUKALETCHUMY A/P MUNIANDY

    Good idea. Appreciate if the GKP Re-open again.

  • Noni Abdan

    Ideal yg. Bagus ..seperkara lagi kerajaan bagi kelonggaran pada yg memohon income melebihi 300 k dan kurang 500k .jumlah yg kelihatan besar tetapi keuntungan tidak sebanyak mana pun …lebih lebih pada pembayar cukai ..

  • Sarojadevi

    Pls accept lesen Majlis Perbandaraan those who don’t have SSM and approve The GKP. Many people also doing business with lesen Perbandaraan. Tq .

  • Muniandy k Periasamy

    Very good idea saya sudah mohon melalui on line tapi
    Tiada dalam rekod

  • Sureshkumar

    Good idea.
    Gkp Re-open again

  • Nonoy.com

    idea yg bagus….mertua saya belun dapat apply lagi sebab tidak tau cara nya…jadi pihak kerajaan tolong bagi keadilan pada mereka yang lain mungkin ramai lagi yang belum dapat

  • Subramaniyam

    Good

  • Nazra

    Sayabada memohon tp gagalgara2 saya letak.pekerja 5borang.walhal saya tiada pekerja sebenarnya.saya keliru.saya dah isi ok pertama..tapi saya ubah,sebab takut gagal.akhirnya saya gagal.

  • Azila

    Setuju sgt Sb sy pun xdapat bpn ..isi geran prihatin plk katanya xda dlm sistem….PM kata xda yg tercicir…mengapa masih ramai?…harap kerajaan pertimbang kan semula peniaga kecil macam kami…

  • Siti

    Terbaik lah…saya baru je nak mohon tu hari…last2 dah tamat tarikh permohonan….tu lah sibuk sangat sampai tak tahu berita terkini

  • kamarinisah Binti Ali Akhtar

    setuju sgt….sbb masa tu x berapa faham sgt ..

  • Muhammad Amirul Syafiq

    memang berharap sangat kerajaan dengar rayuan peniaga agar dibuka semula gkp, Sebb ramai yg terlepas bantuan ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

*