Angka korban Covid-19 global menghampiri 500,000

Angka korban Covid-19 global menghampiri 500,000

WASHINGTON, Jun 27: Angka korban global akibat Covid-19 terus meningkat dan menghampiri setengah juta.

Statistik daripada Johns Hopkins University menunjukkan angka kematian global meningkat 7,000 kes dalam tempoh 24 jam lalu. Jumlah kumulatif kematian global kini lebih 491,000 kes.

Amerika Syarikat (AS) kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 124,000 kes.

Brazil dan United Kingdom (UK) berada di kedudukan kedua dan ketiga dengan masing-masing merekodkan 54,000 dan 43,000 kes korban.

Kes kematian di Itali pula melebihi 34,000 kes.

Dalam pada itu, Perancis dan Sepanyol masing-masing mencatatkan 29,000 dan 28,000 kes maut. Mexico merekodkan 25,000 kematian.

Google+ Linkedin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

*