Rebut peluang kerjaya yang ada, jangan terlalu memilih, Menteri Sumber Manusia saran rakyat

Rebut peluang kerjaya yang ada, jangan terlalu memilih, Menteri Sumber Manusia saran rakyat

JASIN, Jun 27: Rakyat dinasihatkan untuk tidak terlalu memilih kerja dan perlu merebut peluang pekerjaan yang ada, ketika dunia berdepan dengan kelembapan ekonomi pada masa ini, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M Saravanan.

Beliau berkata, kementeriannya komited untuk memastikan rakyat, terutamanya yang kehilangan pekerjaan, untuk dapat bekerja semula dalam situasi sekarang, dengan melaksanakan pelbagai usaha antaranya perbincangan dengan pihak industri dan syarikat perniagaan terlibat.

Menurutnya, graduan institusi pengajian tinggi terutamanya yang mempunyai pinjaman pelajaran seperti pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), dilihat antara yang terkesan dengan situasi itu, dan golongan itu juga tidak boleh terlalu memilih, sedangkan peluang pekerjaan terbuka kepada mereka.

“Pihak industri dan syarikat di negara ini bersetuju untuk mengambil pekerja tempatan dengan syarat mereka boleh bekerja dan memberi komitmen dan ia dilihat mampu mengurangkan kadar pengangguran di negara ini,” katanya kepada pemberita di Jasin semalam.

Terdahulu, Saravanan melawat industri di Xinyi Solar (Malaysia) Sdn Bhd di Lipat Kajang di Jasin, dan dalam lawatan itu beliau turut meninjau pelaksanaan normal baharu serta pematuhan dan pengendalian prosedur operasi standard (SOP), di kawasan tempat kerja dan penempatan pekerja.

Beliau berkata, kementeriannya juga pada masa ini sedang mengkaji permintaan serta keperluan pekerja asing bagi membolehkan rakyat tempatan mendapat lebih banyak peluang pekerjaan dan pada masa sama keperluan tenaga kerja pemain industri negara ini dapat dipenuhi.

 Bernama

Google+ Linkedin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

*