Angka jangkitan Covid-19 global melepasi 10 juta dengan lebih 500,000 kematian

Angka jangkitan Covid-19 global melepasi 10 juta dengan lebih 500,000 kematian

WASHINGTON, Jun 29: Jumlah jangkitan Covid-19 global melepasi angka 10 juta, dengan lebih 500,000 kematian dilaporkan. Menurut data daripada Johns Hopkins University, sejumlah 10,057,300 kes jangkitan baharu dikesan setakat pagi Isnin.

Data rasmi itu menyaksikan separuh kes dilaporkan di Eropah dan Amerika Syarikat.

Amerika Syarikat merekodkan lebih 2.5 juta kes jangkitan dengan lebih 125,000 kes kematian.  

Kes baharu dilaporkan meningkat pada kadar satu ke dua peratus sehari sejak minggu lalu. Sebahagian besar negara kini menjalankan saringan ke atas pesakit yang menunjukkan simptom atau kes kritikal.

Kes jangkitan pertama COVID-19 dilaporkan di Wuhan, China pada 10 Januari.

Google+ Linkedin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

*