Lebih 1,000 mangsa banjir Sabah di 13 pusat pemindahan

Lebih 1,000 mangsa banjir Sabah di 13 pusat pemindahan

KOTA KINABALU, Jun 29: Jumlah mangsa banjir di Sabah meningkat kepada 1,007 orang daripada 307 keluarga yang ditempatkan di 13 pusat pemindahan sementara (PPS) di beberapa daerah setakat 8 pagi tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sabah dalam kenyataan berkata, 325 mangsa daripada 104 keluarga ditempatkan di 4 PPS di Kota Belud dan 539 mangsa daripada 161 keluarga ditempatkan di 5 PPS di Tenom.

“Selain itu, 61 mangsa daripada 20 keluarga ditempatkan di satu PPS di Papar, 38 mangsa daripada 10 keluarga ditempatkan di 2 PPS di Penampang dan 44 mangsa daripada 12 keluarga ditempatkan di satu PPS di Beaufort.”

Katanya, 11 daerah melibatkan 132 kampung di Sabah terjejas akibat hujan lebat pada Sabtu lalu.

Google+ Linkedin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

*