Kembalikan harga tiket penerbangan ke paras normal

Kembalikan harga tiket penerbangan ke paras normal

PUTRAJAYA, Julai 3 – Harga tiket penerbangan perlu kembali normal kerana syarikat penerbangan telah dibenarkan beroperasi dengan kapasiti penuh penumpang.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan mengambil maklum isu harga tiket penerbangan yang tinggi terutamanya bagi penerbangan domestik antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak.

“Peringkat awal itu kita faham harga tinggi kerana arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan, syarikat penerbangan tidak boleh (beroperasi pada) kapasiti penuh kerana penjarakan sosial penumpang dalam pesawat.

“Tetapi kita akhirnya telahpun membenarkan syarikat penerbangan beroperasi dengan kapasiti penuh penumpang, tiada penjarakan sosial lagi. Oleh itu, Mesyuarat Khas (Menteri-Menteri mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan) berpendapat harga tiket penerbangan perlu kembali semula kepada harga asal seperti sebelum PKP,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media berkenaan perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) hari ini.

Google+ Linkedin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

*