Pemukiman Majlis Pusat MIC  demi perkasakan halatuju parti dan strategi PRU15

Pemukiman Majlis Pusat MIC demi perkasakan halatuju parti dan strategi PRU15

LANGKAWI, Julai 12: Program Pemukiman (Retreat) parti MIC yang berlangsung 10-12 Julai di Pulau Langkawi adalah bermatlamat demi menggembleng cetusan pendapat barisan pemimpin tertinggi parti di dalam merangka halatuju parti dan strategi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Lebih 60 orang pemimpin Majlis Pusat MIC (CWC) termasuk pucuk pimpinan parti, wakil-wakil sayap Pemuda, Wanita, Putera dan Puteri dan ketua-ketua negeri berkumpul di Pulau Langkawi sejak kelmarin, hari Jumaat.

Presiden MIC Tan Sri SA Vigneswaran memimpin sesi diskusi mengenai situasi politik semasa negara, halatuju parti di bawah kerajaan Perikatan Nasional, cabaran masa hadapan dan strategi memperkasakan parti di dalam menghadapi PRU15.

Timbalan Presiden parti, Datuk Seri M. Saravanan yang juga merupakan Menteri Sumber Manusia berkata sesi pemukiman turut membincangkan mengenai pengenalpastian kerusi parlimen dan DUN bagi ditandingi MIC serta kemungkinan kerusi lampau ditukar kepada kawasan baru berdasarkan konsep muafakat bersama parti-parti gabungan.

Google+ Linkedin

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

*