Jumlah Kes positif Covid-19 global menghampiri 13 juta dengan 567,000 korban

Jumlah Kes positif Covid-19 global menghampiri 13 juta dengan 567,000 korban

WASHINGTON, Julai 13: Jumlah jangkitan COVID-19 di seluruh dunia merekodkan pertambahan lebih 200,000 kes baharu dalam tempoh 24 jam terakhir.

Menurut data terbaharu Johns Hopkins University, kes positif setakat pagi Isnin waktu Malaysia mencecah angka 12.82 juta.

Amerika Syarikat tidak berubah dengan menjadi negara paling teruk terjejas dengan 3.28 juta kes positif.

Ini diikuti Brazil, dengan 1.83 juta kes positif.

India dan Rusia melepasi angka setengah juta dengan masing-masing merekodkan 849,000 dan 726,000 kes jangkitan.

Sementara itu, jumlah kematian akibat Covid-19 di peringkat global meningkat sebanyak 5,000 kes dalam tempoh 24 jam yang lepas.

Jumlah kumulatif kematian di seluruh dunia terkini adalah sebanyak 567,101 kes, menurut statistik Johns Hopkins University.

Amerika Syarikat terus merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 135,000 kes.

Google+ Linkedin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

*