Musa Aman dakwa miliki majoriti, kerajaan Warisan Sabah bakal tumbang?

Musa Aman dakwa miliki majoriti, kerajaan Warisan Sabah bakal tumbang?

KOTA KINABALU, Julai 29: Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman mengumumkan memperoleh majoriti mudah bagi membentuk kerajaan Sabah yang baharu.

Dalam satu sidang media khas petang tadi, beliau berkata, gabungan baharu terbabit membabitkan beberapa parti iaitu Umno, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Parti Solidariti Tanah Airku (Star) dan Parti Bersatu Sabah (PBS).

Katanya, Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Nardin membuat kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin pagi tadi.

“Mereka membuat kunjungan hormat kepada Tuan Yang Terutama pagi tadi bagi memaklumkan gabungan baharu yang menyokong Perikatan Nasional (PN) di bawah pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa memperoleh sokongan majoriti untuk membentuk kerajaan baru.

“Tuan Yang Terutama meminta saya mengemukakan surat akuan bersumpah yang mengesahkan sokongan mereka.

“Saya menerima surat akuan bersumpah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang mengesahkan pendirian mereka menyokong gabungan baharu yang saya ketuai,” katanya.

Google+ Linkedin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

*