Pelanjutan moratorium dan bantuan bersasar menyantuni keperluan rakyat – Pemuda MIC

Pelanjutan moratorium dan bantuan bersasar menyantuni keperluan rakyat – Pemuda MIC

KUALA LUMPUR, Julai 29: Pergerakan Pemuda MIC menyambut baik pengumuman Perdana Menteri  Tan Sri Muhyiddin Yassin berkenaan pelanjutan moratorium bayaran pinjaman bank serta pendekatan bersasar bagi membantu kumpulan masyarakat yang terkesan rezeki kehidupan akibat penularan wabak Covid-19 serta Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Kerajaan Perikatan Nasional (PN) sekali kali membuktikan ianya kerajaan yang prihatin terhadap keperluan dan aspirasi rakyat. Isu pelanjutan moratorium telah dibangkitkan oleh pelbagai pihak, termasuk kami dari Pergerakan Pemuda MIC Kebangsaan. Pengumuman PM hari ini membawa nafas lega kepada majoriti rakyat Malaysia yang masih di dalam fasa pemulihan dan penyusunan semula kehidupan serta pengurusan kewangan mereka berdasarkan norma baru,” kata Kesavan Kandasamy, Bendahari Pergerakan Pemuda MIC Kebangsaan.

Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumukan bahawa industri perbankan negara akan menyediakan lanjutan moratorium tersasar termasuk kemudahan fleksibiliti dalam pembayaran balik, yang menjurus kepada individu yang telah kehilangan pekerjaan pada 2020, mereka ini akan ditawarkan lanjutan moratorium pinjaman untuk tempoh tiga bulan lagi oleh bank mereka.

Individu yang masih bekerja tetapi gaji mereka terjejas akibat COVID-19 akan ditawarkan pengurangan ansuran pinjaman mengikut nisbah pengurangan gaji mereka, bergantung kepada jenis pembiayaan. 

Pihak perbankan juga akan menawarkan fleksibiliti untuk tempoh sekurang-kurangnya enam bulan dan akan mempertimbangkan bagi memperluaskan fleksibiliti pada akhir tempoh itu, dengan mengambil kira gaji peminjam pada ketika itu.

Bagi pembiayaan sewa beli, peminjam yang terlibat akan ditawarkan jadual ansuran yang disemak semula selaras dengan Akta Sewa Beli 1967. 

Di samping itu, pihak bank juga menyediakan fleksibiliti pembayaran balik kepada individu lain dan semua peminjam PKS yang terjejas akibat COVID-19. Fleksibiliti yang ditawarkan oleh setiap bank akan mengambil kira keadaan tertentu peminjam.

“Segala aspek pelanjutan moratorium dan bantuan bersasar yang diumumkan PM memang tepat pada masanya, dan akan memastikan kelangsungan ekonomi negara dan kumpulan sasaran. Kami menghargai kerjasama dan sokongan institusi perbankan negara di dalam membantu rakyat mengharungi kesan pandemik global ini.”

“Seperti yang diumumkan oleh Tan Sri Muhyiddin, permohonan lanjutan moratarium boleh dilakukan peminjam yang layak bermula 7 Ogos ini. Maka, kami menyaran anggota masyarakat agar meneliti tawaran pelanjutan moratorium dan memanfaatkannya sebaik mungkin.”

“Kami, Pemuda MIC juga sedia membimbing dan membantu orang ramai yang kurang arif berkenaan proses dan prosedur pelanjutan moratorium,” ulas Kesavan lagi. – The Sentral

Google+ Linkedin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

*