(TERKINI) PM umum lanjutan moratorium dan bantuan bersasar bagi golongan yang memerlukan

(TERKINI) PM umum lanjutan moratorium dan bantuan bersasar bagi golongan yang memerlukan

KUALA LUMPUR, 29 Julai — Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi mengumumkan lanjutan moratorium dan pendekatan bantuan bersasar.

“Saya telah berbincang dengan Menteri Kewangan. Saya sukacita umumkam kerajaan Perikatan Nasional (PN) setuju laksanakan lanjutan moratorium dan bantuan bank bersasar kepada golongan memerlukan,” kata PM di dalam perutusan yang disiarkan secara langsung melalui media perdana.

“Bagi individu kehilangan pekerjaan pada 2020 dapat tempoh 3 bulan lanjutan moratorium.”

“Bagi individu masih kerja tetapi gaji terjejas, kadar bayaran bulanan dikurangan mengikut kadar gaji baru mereka,” kata beliau.

PM turut menjelaskan bahawa bank-bank telah memberikan komitmen untuk membantu semua peminjam individu atau PKS, baik peniaga, penjaja atau mereka yang bekerja sendiri yang turut terkesan akibat COVID-19. Bergantung kepada situasi peminjam-peminjam, bantuan-bantuan yang ditawarkan termasuk:

• Membayar faedah sahaja untuk suatu jangka masa yang ditetapkan; atau
• Memanjangkan tempoh keseluruhan pinjaman bagi mengurangkan pembayaran balik bulanan; atau
• Memberi pelepasan lain sehingga peminjam mencapai kedudukan kewangan yang lebih stabil.

Bagi pinjaman sewa beli pula, pihak bank akan turut menawarkan pilihan penjadualan ansuran yang bersesuaian tertakluk kepada Akta Sewa Beli.

“Langkah-langkah ini dijangka akan memanfaatkan 3 juta individu dan PKS. Sekiranya lebih ramai memerlukan bantuan, institusi perbankan telah memberikan komitmen untuk mempertimbangkan bantuan yang sewajarnya. Justeru, peminjam yang layak bolehlah menghubungi bank masing-masing untuk membuat permohonan mulai 7 Ogos 2020,” kata PM lagi.


Google+ Linkedin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

*