Kes Covid-19 global mencecah 17.42 juta,  lebih 675,000 kematian dicatatkan

Kes Covid-19 global mencecah 17.42 juta, lebih 675,000 kematian dicatatkan

WASHINGTON, Ogos 1: Jumlah kes jangkitan COVID-19 di seluruh dunia kini mencecah 17.42 juta. Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan, terdapat pertambahan lebih 300,000 kes baharu dalam tempoh 24 jam.

Amerika Syarikat kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan 4.5 juta kes positif. Ia diikuti Brazil, dengan kes positif jangkitan sebanyak 2.6 juta dan India, 1.6 juta.

Rusia melepasi angka jangkitan setengah juta dengan merekodkan 838,000 kes.

Afrika Selatan, Mexico, Peru, Chile dan United Kingdom pula masing-masing melepasi angka 300,000 kes positif COVID-19.

Sementara itu, jumlah kematian global akibat pandemik COVID-19 meningkat lebih 7,000 kes dalam tempoh 24 jam.

Menurut statistik Johns Hopkins University, jumlah kumulatif kes kematian di seluruh dunia setakat ini ialah 675,213.

Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 152,000 kematian. Ini diikuti Brazil dengan lebih 91,000 kematian.

United Kingdom dan Mexico masing-masing merekodkan lebih 46,000 kes.

Sementara itu, India, Itali dan Perancis pula merekodkan 35,000 angka korban COVID-19 dan Perancis 30,000.

Google+ Linkedin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

*