Pemilihan Mohd Zaidi sebagai calon PRK Slim bukti BN mendukung aspirasi rakyat – PCM

Pemilihan Mohd Zaidi sebagai calon PRK Slim bukti BN mendukung aspirasi rakyat – PCM

TANJUNG MALIM, Ogos 13: Parti Cinta Malaysia (PCM) menyambut baik keputusan Barisan Nasional (BN) meletakkan Mohd Zaidi Aziz sebagai calon bagi Pilihan Raya Kecil DUN Slim, Perak.

“Sekali lagi kita buktikan bahawa BN sentiasa mendukung aspirasi rakyat. Pemilihan Mohd Zaidi adalah tepat dan terbaik, memandangkan beliau adalah anak tempatan Slim River dengan rekod perkhidmatan masyarakat yang terbukti.”

“PCM akan menggembleng seluruh tenaga dan strategi jentera kami di dalam memastikan calon BN kita meraih majoriti cemerlang. Gelombang biru sudah pasti akan mewarnai DUN Slim, dan kita akan kekalkan rekod kemenangan gemilang kita seperti di dalam PRK Cameron Highlands, Tanjung Piai, Semenyih, Rantau dan Chini,” kata Presiden PCM Datuk Huan Cheng Guan.

Mohd Zaidi, 43, yang kini menggalas tanggungjawab sebagai Pemangku Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim, telah diumumkan sebagai calon BN bagi PRK Slim di sini, semalam. Mohd Zaidi, merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada 2001. 

PRK DUN Slim akan diadakan pada 29 Ogos ini berikutan kematian penyandangnya, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib pada 15 Julai lepas.

Dalam pada itu, Ahli Majlis Tertinggi PCM, Murali Ballah menyifatkan Mohd Zaidi sebagai seorang pemimpin akar umbi yang mampu menyantuni keperluan dan harapan masyarakat Slim.

“Mohd Zaidi, anak muda yang berpengalaman luas di dalam arena politik serta pertubuhan belia. Sumbangan bernas beliau sebagai mantan Timbalan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) di dalam pembangunan belia negara jelas mencerminkan ciri-ciri kepimpinan beliau.”

“PCM yakin Zaidi dapat melaksanan khidmat terbaik dengan mandat rakyat Slim,” kata Murali Ballah.

Google+ Linkedin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

*