Kembalikan mandat kepada BN, Ahli Majlis Pusat PCM seru pengundi Teluk Intan

Kembalikan mandat kepada BN, Ahli Majlis Pusat PCM seru pengundi Teluk Intan

TELUK INTAN, Sept 13: Ahli Majlis Pusat Parti Cinta Malaysia (PCM) Murali Ballah menyeru pengundi kawasan Parlimen Teluk Intan agar mengembalikan semula mandat mewakili mereka kepada calon Barisan Nasional (BN) di dalam Pilihan Raya Umum Ke-15.

“Jelas terbukti kawasan dan masyarakat Teluk Intan telah dipinggirkan dan dibiarkan oleh Ahli Parlimen DAP Nga Kor Ming yang lebih berminat bersandiwara politik. Dua tahun lebih nasib warga Teluk Intan sudah terabai.”

“Ayuh, saya mempelawa anak-anak Teluk Intan bangkit bersama, berikanlah mandat kepada calon Barisan Nasional di dalam PRU-15 demi masa hadapan yang cerah terjamin buat generasi kita,” kata Murali Ballah selepas menyampaikan bantuan keperluan kepada golongan B40 di Teluk Intan.

“Saya berkesempatan hadir menyampaikan sedikit bantuan kepada anggota masyarakat di Teluk Intan yang masih terkesan akibat implikasi pandemik Covid-19 serta Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kini di dalam usaha menyusun semula norma hidup serta pengurusan kewangan mereka.”

“Saya amat tersentuh melihat dan mendengar rintihan mereka. Saya akan mengusahakan yang terbaik demi menyantuni keperluan dan aspirasi mereka,” kata Murali Ballah yang merupakan anak tempatan Teluk Intan.

Google+ Linkedin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

*