Kes Covid-19 global melebihi angka 28 juta, lebih 917,000 nyawa terkorban

Kes Covid-19 global melebihi angka 28 juta, lebih 917,000 nyawa terkorban

WASHINGTON, Sept 13: Jumlah kumulatif kes jangkitan COVID-19 di seluruh dunia kini melebihi 28 juta kes.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) kekal negara paling teruk terjejas dengan 6.47 juta kes jangkitan. Ini diikuti India dengan 4.65 juta kes, manakala Brazil merekodkan 4.28 juta kes.

Jangkitan COVID-19 di Rusia pula melepasi angka satu juta kes. Sementara itu, Peru, Colombia, Mexico, Afrika Selatan, Sepanyol, dan Argentina melepasi angka setengah juta kes.

Angka korban akibat jangkitan COVID-19 meningkat kepada lebih 917,000 kes dengan lebih 11,000 kes dilaporkan dalam tempoh 24 jam.

Amerika Syarikat (AS) kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 193,000 kes. Ini diikuti Brazil dengan 130,000 kes manakala India dan Mexico masing-masing merekodkan dengan 77,000 dan 70,000 angka korban.

Google+ Linkedin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

*