Kes Covid-19 global makin hampiri angka 29 juta

Kes Covid-19 global makin hampiri angka 29 juta

WASHINGTON, Sept 14: Jumlah kumulatif kes jangkitan COVID-19 di seluruh dunia kini menghampiri angka 29 juta. Ini disumbang peningkatan angka jangkitan baharu positif COVID-19 dunia dalam tempoh 24 jam.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan 6.5 juta kes jangkitan. Ini diikuti India dengan 4.75 juta kes, manakala Brazil merekodkan 4.31 juta kes.

Jangkitan COVID-19 di Rusia pula melepasi angka satu juta kes. Sementara itu, Peru, Colombia, Mexico, Afrika Selatan, Sepanyol dan Argentina melepasi angka setengah juta kes. Negara yang melepasi angka 300,000 termasuk Chile, Perancis, Iran, United Kingdom, Bangladesh, Arab Saudi dan Pakistan.

Sementara itu, jumlah kematian meningkat lebih 5,000 kes dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah kumulatif kematian global akibat COVID-19 kini melebihi angka 921,000.

Amerika Syarikat (AS) kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 193,000 kes.

Ini diikuti Brazil dengan 131,000 kes, manakala India dan Mexico masing-masing merekodkan 78,000 dan 70,000 angka korban. United Kingdom pula bergelut dengan 41,000 kes. Itali, Perancis dan Peru berkongsi angka korban melebihi 30,000 kes. Sepanyol, Iran dan Colombia pula merekodkan angka lebih 20,000 kes korban.

Lain-lain negara masih merekodkan angka korban di bawah 20,000 kes.

Google+ Linkedin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

*