Program peningkatan kemahiran turut dilaksanakan di Sabah dan Sarawak – Datuk Seri M. Saravanan

Program peningkatan kemahiran turut dilaksanakan di Sabah dan Sarawak – Datuk Seri M. Saravanan

KUALA LUMPUR, 14 Sept — Seramai 4,530 pelatih dari Sabah dan 7,997 pelatih dari Sarawak diterima menjalani program reskilling dan upskilling Kementerian Sumber Manusia dalam usaha melengkapi pekerja tempatan dengan kemahiran serta pengetahuan yang relevan selaras dengan keperluan industri.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan berkata ia adalah sebilangan daripada jumlah keseluruhan 250,337 pelatih di seluruh negara yang menjalani program yang dianjurkan menerusi Pembangunan Sumber Manusia Bhd (HRDF).

Menurut beliau HRDF bertindak sebagai single window bagi mentadbir urus pelaksanaan program itu merentasi lapan kementerian dan agensi terlibat.

“Daripada jumlah keseluruhan kelulusan bagi Sabah dan Sarawak, 7,045 pelatih adalah daripada sektor perkhidmatan, 5,321 pelatih adalah daripada sektor pembuatan, 161 pelatih adalah daripada sektor perlombongan.

“Sementara jumlah penyedia latihan di Sabah dan Sarawak adalah sebanyak 260 individu dengan 90 orang daripadanya dari Sabah dan 105 individu dari Sarawak yang berupaya menawarkan pelbagai kursus kemahiran yang diperlukan industri,” katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Negara hari ini.

Saravanan menjawab soalan Senator Datuk Paul Igai, yang ingin tahu mengenai status program berkenaan setakat ini dan sama ada ia turut dilaksanakan di Sarawak dan Sabah.

Pada masa sama, katanya, di bawah Inisiatif Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) HRDF setakat 31 Ogos lepas, sebanyak 36,138 kuota pelatih telah diluluskan dengan 410 pelatih bagi Sabah dan 900 pelatih di Sarawak.

Google+ Linkedin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

*