Kes Covid-19 global makin hampiri angka 30 juta

Kes Covid-19 global makin hampiri angka 30 juta

WASHINGTON, Sept 16: Jumlah kes positif global COVID-19 kini melebihi 29 juta kes selepas hampir 300,000 jangkitan baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas.


Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan angka jangkitan di seluruh dunia terkini mencecah 29,408,424 dan Amerika Syarikat terus kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan 6.5 juta kes.

Ini diikuti India dengan 4.93 juta kes manakala Brazil pula merekodkan 4.34 juta kes. Jangkitan COVID-19 di Rusia pula melepasi angka satu juta kes sementara Peru, Columbia, Mexico, Afrika Selatan, Sepanyol dan Argentina melepasi angka setengah juta kes.

Sementara itu, negara yang melepasi angka 300,000 kes termasuk Chile, Perancis, Iran, United Kingdom, Bangladesh, Arab Saudi dan Pakistan.
Enam lagi negara merekodkan angka positif melebihi 200,000 termasuk Iraq, Turki, Itali, Filipina, Jerman dan Indonesia.


Dalam pada itu, negara yang melepasi angka 100,000 adalah Ukraine, Israel, Kanada, Bolivia, Qatar, Ecuador Kazakhstan dan Romania.


Negara lain masih merekodkan angka positif di bawah 100,000.

Sementara itu, angka kematian global terus meningkat dengan lebih 5,000 kes kematian dicatatkan dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah kumulatif kematian global akibat COVID-19 kini mencecah angka lebih 931,000 kes.

Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 195,000 kes diikuti Brazil dengan 132,000 kes.

Manakala India dan Mexico masing-masing merekodkan 80,000 dan 71,000 angka korban sementara United Kingdom merekodkan hampir 42,000 kes.

Google+ Linkedin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

*