Korban Covid-19 global makin hampiri angka 1 juta

Korban Covid-19 global makin hampiri angka 1 juta

WASHINGTON, Sept 24: Jumlah kematian akibat COVID-19 terus meningkat. Statistik Johns Hopkins University menunjukkan jumlah korban meningkat lebih 6,000 kes dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah kumulatif kini mencecah 974,000 kes.

Amerika Syarikat (AS) kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 201,000 kes. Ini diikuti Brazil dengan 138,000 kes manakala India dan Mexico masing-masing merekodkan lebih 90,000 dan 74,000 angka korban. United Kingdom dalam pada itu mencatatkan hampir 42,000 kes.

Itali, Peru, Perancis dan Sepanyol pula berkongsi angka korban melebihi 30,000 kes. Iran dan Colombia pula merekodkan angka lebih 24,000 kes korban. Lain-lain negara masih merekodkan angka korban di bawah 20,000 kes.

Sementara itu, jumlah kumulatif kes positif global COVID-19 kini melepasi angka 31.74 juta kes. Ini berikutan lebih 200,000 jangkitan baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam.

Amerika Syarikat (AS) terus kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan 6.93 juta kes jangkitan, diikuti India dengan 5.64 juta kes, manakala Brazil merekodkan 4.59 juta kes. Jangkitan COVID-19 di Rusia pula melepasi angka 1 juta kes.

Google+ Linkedin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

*