Kes positif Covid-19 global mencecah 32.4 juta, lebih 987,000 kes kematian dilaporkan

Kes positif Covid-19 global mencecah 32.4 juta, lebih 987,000 kes kematian dilaporkan

WASHINGTON, Sept 26: Jumlah kumulatif kes positif global COVID-19 kini mencecah 32,406,883. Ini berikutan lebih 380,000 jangkitan baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat terus kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan 7 juta kes jangkitan. Ini diikuti India dengan 5.81 juta kes, manakala Brazil merekodkan 4.65 juta kes.

Jangkitan COVID-19 di Rusia pula melepasi angka 1.13 juta kes. Sementara itu Columbia, Peru, Sepanyol, Mexico, Argentina, Afrika Selatan dan Perancis melepasi angka setengah juta kes.

Jumlah kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia meningkat lebih 6,000 kes dalam tempoh 24 jam. Jumlah kumulatif kematian global akibat koronavirus tersebut kini mencecah 987,036.

Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 203,000 kes, diikuti Brazil dengan 139,000 kes. India dan Mexico pula masing-masing merekodkan lebih 92,000 dan 75,000 angka korban.

Google+ Linkedin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

*