Kes Covid-19 positif global melepasi angka 36 juta

Kes Covid-19 positif global melepasi angka 36 juta

WASHINGTON, Okt 9: Jumlah kumulatif kes positif global COVID-19 kini melepasi angka 36 juta apabila kira-kira 370,500 jangkitan baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam.

Data terbaharu John Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) terus kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan 7.59 juta kes jangkitan. Ini diikuti India dengan 6.84 juta kes, manakala Brazil merekodkan hampir 5 juta kes. Jangkitan COVID-19 di Rusia pula melepasi angka 1.2 juta kes.

Sementara itu, Colombia, Peru, Sepanyol, Mexico, Argentina, Afrika Selatan, Perancis dan United Kingdom (UK) melepasi angka setengah juta dengan 564,501 hingga 877,684 kes.

Statistik yang sama menunjukkan jumlah kumulatif kematian global akibat COVID-19 melebihi 1.06 juta kes.

AS terus kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 212,594 kes, diikuti Brazil dengan 148,228 kes. Dalam pada itu, India dan Mexico masing-masing merekodkan 105,526 dan 82,726 kes.

Google+ Linkedin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

*