(TERKINI) Harga petrol menurun, RON 95 kini RM 1.67/liter

(TERKINI) Harga petrol menurun, RON 95 kini RM 1.67/liter

PUTRAJAYA, Okt 9: Kementerian Kewangan sebentar tadi mengumumkan harga runcit produk petroleum bagi tempoh 10 sehingga 16 Oktober 2020 adalah ditetapkan seperti berikut berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM), :

  1. harga runcit petrol RON97 turun 4 sen kepada paras RM1.97 seliter;
  2. harga runcit petrol RON95 turun 4 sen kepada paras RM1.67 seliter; dan
  3. harga runcit diesel turun 1 sen kepada paras RM1.69 seliter

Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Google+ Linkedin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

*