Ketua Menteri Sabah sah  positif Covid-19

Ketua Menteri Sabah sah positif Covid-19

KOTA KINABALU, Okt 10: Ketua Menteri Sabah yang baharu Datuk Seri Hajiji Noor disahkan positif Covid-19.

Setiausaha Perhubungan Awam Ketua Menteri Effendi Mohamed Sunoh berkata, Hajiji kini sedang menjalani rawatan di Queen Elizabeth Hospital (QEH) dan keadaan kesihatannya dilaporkan stabil.

Katanya, semasa kuarantin kendiri Adun Sulaman itu menjalani ujian Covid-19 sekali lagi.

“Hasil ujian terbaru mengesahkan beliau didapati positif,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, Hajiji sebelum ini secara sukarela menjalani kuarantin kendiri selepas salah seorang daripada kakitangannya didapati positif wabak itu.

Hajiji juga tidak menghadiri upacara angkat sumpah yang diadakan hari ini.

“Walaupun sedang menjalani rawatan, YAB (Yang Amat Berhormat) masih menjalankan tugas dan tanggungjawabnya di tempat rawatan, menerusi panggilan telefon dan sidang video. Kerajaan negeri berfungsi seperti biasa.

“YAB mengajak seluruh rakyat Sabah agar bertenang dan bersama-sama berdoa agar Allah sembuhkan dan selamatkan Sabah dan Malaysia daripada Covid-19. Insya-Allah,” katanya.

Google+ Linkedin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

*