Usahawan kosmetik Rita Sosilawati kini bergelar Datin

Usahawan kosmetik Rita Sosilawati kini bergelar Datin

KUALA LUMPUR, Okt 13: Usahawan kosmetik popular tanahair, Rita Sosilawati kini bergelar Datin, setelah suaminya Khamarulazlan Mohamad Hanafiah menerima anugerah Darjah Mulia Seri Melaka (D.M.S.M) yang membawa Datuk sempena sambutan ulang tahun kelahiran ke-71 Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tan Sri Mohd Ali Mohd Rustam pada hari Ahad lepas.

Rita merupakan anak kepada jutawan kosmetik Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya dan kini menerajui empayar kosmetik Nouvelles Visages (NV)

Rita atau nama sebenarnya Erni Dekritawati Yuliana Buhari berkongsi kegembiraan keluarga beliau menerusi satu posting di laman Istagram beliau:

“Tahniah sayang di atas penganugerahan Darjah Mulia Seri Melaka (D.M.S.M) Susaha senang bersama membuatkan kita lebih kuat daripada sebelum ini, saya sangat bangga dengan pencapaian kamu sayang,”

“Hari yang cukup bermakna, 11/10/2020, Ahad,” tulisnya.

Datuk Khamarulazlan Mohamad Hanafiah merupakan Setiausaha Politik kepada Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan.

Google+ Linkedin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

*