38.4 juta kes jangkitan, 1.09 juta kes kematian Covid-19 global dilaporkan

38.4 juta kes jangkitan, 1.09 juta kes kematian Covid-19 global dilaporkan

WASHINGTON, Okt 15: Jumlah kumulatif kes positif global COVID-19 kini menghampiri 38.4 juta kes. Ini berikutan lebih ratusan ribu jangkitan baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat terus kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan 7.9 juta kes jangkitan. Ini diikuti India dengan 7.2 juta kes, manakala Brazil merekodkan lebih 5 juta kes.

Jangkitan COVID-19 di Rusia pula melepasi angka 1.3 juta kes. Sementara itu, Colombia, Argentina, Sepanyol, Peru dan Mexico melepasi angka 500,000. Turut melepasi 500,000 adalah Perancis, Afrika Selatan, United Kingdom dan Iran.

Dalam pada itu, jumlah kumulatif kematian global akibat COVID-19 sudah melebihi 1.08 juta kes. Amerika Syarikat merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 216,000 kes, diikuti Brazil dengan 151,000.

India dan Mexico masing-masing merekodkan lebih 110,000 dan 84,000 kes kematian. Manakala United Kingdom catat 43,000 kes.

Google+ Linkedin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

*