Kes positif Covid-19 global  cecah 40.65 juta, lebih 1.12 juta maut

Kes positif Covid-19 global cecah 40.65 juta, lebih 1.12 juta maut

WASHINGTON, Okt 21: Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia kini melepasi 40.65 juta. Ini berikutan lebih ratusan ribu jangkitan baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat terus kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan 8.27 kes. Ini diikuti India dengan 7.59 juta kes dan Brazil lebih 5.25 juta kes.

Jangkitan COVID-19 di Rusia dan Argentina pula masing-masing melepasi angka 1.42 juta dan 1 juta. Sementara itu, Sepanyol, Perancis, Colombia dan Peru kini melepasi setengah juta kes. Turut melepasi 500,000 kes adalah Mexico, United Kingdom, Afrika Selatan dan Iran.

Negara dalam lingkungan 300,000 hingga 500,000 kes jangkitan COVID-19 adalah Chile, Iraq, Itali, Bangladesh, Jerman, Indonesia dan Filipina.

Dalam pada itu, jumlah kumulatif terkini adalah 1,122,036.

Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 220,902 kematian. Ini diikuti Brazil dengan 154,176 kematian, India 115,197 dan Mexico 86,338.

Google+ Linkedin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

*