Jumlah kes positif Covid-19 global mencecah 41 juta, angka korban melebihi 1.12 juta

Jumlah kes positif Covid-19 global mencecah 41 juta, angka korban melebihi 1.12 juta

WASHINGTON, Okt 22: Jumlah keseluruhan kes positif global COVID-19 kini melepasi 41 juta kes. Ini berikutan lebih ratusan ribu jangkitan baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan 8.3 juta kes. Ini diikuti India dengan 7.65 juta kes, manakala Brazil merekodkan lebih 5.27 juta kes.

Jangkitan COVID-19 di Rusia, Argentina dan Sepanyol pula melepasi angka 1 juta kes.Sementara itu, Perancis, Colombia dan Peru melepasi angka setengah juta kes. Turut melepasi 500,000 kes ialah Mexico, United Kingdom, Afrika Selatan dan Iran.

Negara dalam lingkungan angka 300,000 hingga 500,000 kes jangkitan COVID-19 ialah Chile, Iraq, Itali, Bangladesh, Jerman, Indonesia dan Filipina.

Sementara itu, statistik sama menunjukkan jumlah kumulatif kematian global akibat COVID-19 sudah melebihi 1.12 juta kes. AS kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 221,000 kes, diikuti Brazil dengan 154,000 kes.

Manakala India dan Mexico masing-masing merekodkan lebih 115,000 dan 86,000 kes kematian. United Kingdom pula mencatatkan 44,000 kes sementara Itali, Sepanyol, Perancis, Peru dan Iran pula berkongsi angka korban melebihi 30,000 kes.

Google+ Linkedin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

*