Kes positif global Covid-19 melepasi angka 41.5 juta

Kes positif global Covid-19 melepasi angka 41.5 juta

WASHINGTON, Okt 23: Jumlah keseluruhan kes positif global COVID-19 kini melepasi angka 41.53 juta. Ini berikutan lebih ratusan ribu jangkitan baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan 8.3 juta kes. Ini diikuti India dengan 7.65 juta kes, manakala Brazil merekodkan lebih 5.27 juta kes.

Angka jangkitan di Rusia, Perancis, Argentina dan Sepanyol pula melepasi 1 juta kes.Negara yang melepasi angka setengah juta adalah Colombia, Peru, Mexico, United Kingdom, Afrika Selatan dan Iran.

Angka korban akibat COVID-19 juga terus meningkat dengan jumlah kumulatif kematian global akibat COVID-19 sudah melebihi 1.13 juta kes.

Amerika Syarikat (AS) kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 222,000 kes. Ini diikuti Brazil dengan 153,000 kes, India dan Mexico masing-masing merekodkan lebih 116,000 dan 87,000 kes kematian, manakala United Kingdom mencatatkan 44,000 kes.

Google+ Linkedin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

*