Mesyuarat khas kabinet selesai, inti pati mesyuarat terus jadi teka-teki

Mesyuarat khas kabinet selesai, inti pati mesyuarat terus jadi teka-teki

PUTRAJAYA: Anggota Jemaah Menteri yang menghadiri Mesyuarat Khas Kabinet hari ini mengambil sikap mengunci mulut daripada membincangkan hasil mesyuarat berkenaan kepada petugas media.

Kenderaan mereka mulai meninggalkan bangunan Perdana Putra, di sini pada jam 12.45 tengah hari.

Kesemua menteri enggan mengulas ketika ditanya pemberita yang menunggu di pintu masuk bangunan itu seawal pagi tadi.

Terdahulu, seawal jam 8.57 pagi, kenderaan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat memasuki pekarangan Bangunan Perdana Putra dipercayai bagi mempengerusikan mesyuarat berkenaan yang dijadualkan bermula jam 9.30 pagi.

Mesyuarat berkenaan dipercayai bagi membincangkan isu-isu semasa.

Ia turut dihadiri Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah; Menteri Luar, Datuk Seri Hishamuddin Hussein; Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohammad Al Bakri; Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Menteri Wilayah, Tan Sri Annuar Musa.

Turut kelihatan memasuki pekarangan Bangunan Perdana Putra adalah Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang dan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun.

Google+ Linkedin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

*