PM dijangka menghadap Agong petang ini, cadang perlaksanaan darurat tangani Covid-19

PM dijangka menghadap Agong petang ini, cadang perlaksanaan darurat tangani Covid-19

KUALU LUMPUR, Okt 23: Perdana Menteri Tan sri Muhyiddin Yassin dikatakan akan menghadap Yang Di Pertuan Agong di Kuantan petang ini bagi mencadangkan perlaksanaan darurat dmei menangani penularan wabak Covid-19 di Malaysia.

Sumber memberitahu Kabinet bersetuju dengan pelaksanaan darurat bagi menangani penularan Covid-19 di dalam mesyuarat khas yang diadakan pagi tadi.

“Tunggu pengumuman,” kata seorang menteri yang enggan namanya didedahkan.

Langkah itu diambil susulan ketidaktentuan berterusan dalam negara dan ketika Muhyiddin berdepan desakan daripada luar dan dalam.

Google+ Linkedin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

*