Rakyat makin tertekan, benarkan pengeluaran terhad akaun 1 KWSP, Naib Presiden MIC gesa Kerajaan

Rakyat makin tertekan, benarkan pengeluaran terhad akaun 1 KWSP, Naib Presiden MIC gesa Kerajaan

KUALA LUMPUR, Okt 29: Naib Presiden MIC Dato’ T Murugiah hari ini menggesa kerajaan agar mempertimbangkan kebenaran bagi pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengeluarkan caruman mereka pada kadar terhad 10% dari jumlah simpanan ataupun RM 10,000 – yang mana lebih tinggi dari akaun 1 mereka bagi menampung tekanan dan kekangan ekonomi yang makin terasa berikutan impak penularan wabak Covid-19.

“Tatkala negara kini berhadapan cabaran gelombang ketiga penularan wabak Covid-19, rakyat makin tertekan dari segi ekonomi berikutan impak yang wujud, termasuk kehilangan pekerjaan, rezeki perniagaan yang makin menurun, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bersyarat yang menghadkan pergerakan, komitmen bulanan individu dan keluarga yang perlu dipenuhi dan sebagainya.”

“Memang tidak dinafikan inisiatif Bantuan Prihatin Negara (BPN) fasa 1 dan 2, pengeluaran i-Lestari dari akaun 2 KWSP, Geran Khas Prihatin, moratorium pinjaman, bantuan bersasar berdasarkan industri dan sebagainya dari Kerajaan Perikatan Nasional membantu meringankan bebanan kewangan rakyat. Tetapi, ianya tidak memadai kerana impak Covid-19 masih berleluasa dan makin serius.”

“Maka, saya berpendapat rakyat perlu diberi pilihan untuk mengeluarkan caruman akaun 1 KWSP mereka pada kadar terhad, saya cadangkan 10%. Caruman ini adalah titik peluh mereka sebagai simpanan hari tua selepas bersara. Namun, dengan keadaan genting kini, ianya adalah sumber terbaik bagi mereka menghadapi cabaran semasa,” kata Murugiah.

Sebelum ini, mantan Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak turut mencadangkan agar pencarum dibenarkan membuat pengeluaran ad-hoc sehingga RM 10,000 dari akaun 1 KWSP mereka, bagi mereka yang benar-benar terdesak dan terkesan.

“Saya senada dengan Dato’ Seri Najib, tak payah membuat pengeluaran jika tiada keperluan mendesak. Had pengeluaran maksimum 10% yang dicadangkan adalah kerana impak yang melanda rakyat bukan terhad kepada golongan B40 mahupun M40, malah golongan T20 sekali. Kadar impak adalah seiiring dan sejajar dengan kuantum pendapatan mereka yang terjejas berikutan penularan wabak Covid-19.”

“Apa gunanya caruman simpanan hasil titik peluh sendiri tidak berguna pada saat-saat kritikal sebegini? Pencarum semestinya mempunyai keinsafan diri di dalam menggunakan wang pengeluaran tersebut demi meringankan bebanan hidup, memastikan kelangsungan pengurusan ekonomi keluarga mereka, dan bukannya bagi tujuan lain. Semoga kerajaan dan KWSP mempertimbangkan cadangan ini yang makin dihasratkan rakyat,” kata Murugiah lagi.

Google+ Linkedin

89 Comments

  • MOHD RADI BIN ABDUL HAMID

    saya tak setuju knpe kena 10% sahaja sedangkan sekarang ramai yg hilang pekerjaan termasuk saya sendiri think about that

  • Joseline

    Got pay cut then now jobless, help us we are so suffering now

    • aminshah

      should be 30percent dlm keadaan skrg amat tertekan dn itu sudah memadai.Kepada yg memerlukan sekurangnya rakyat ade pilihan utk buat pengeluaran sbb covid ni memerlukan masa yg amat pnjang

    • Azril

      Amat tertekan dengan keadaan sekarang. Mohon dipertimbangkan cadangan pengeluaran KWSP

  • CHAM BUN FAN

    I don’t agree about withdrawal 10% from 1 account KWSP if can please charge to 10K One Off Pay because many people jobless ….I hope government will really full thinking of people suffer on different situation….TQ

    • Fadhli Z

      Dont you read. 10% or 10k whichever higher. If you acc 1 have 200k. Then can churn 20k out.

  • Cyrstal

    I was about came out from an emotional heartbreak for long n try to rebuilt my life where I found a job I like but due to covid have to stop job immediately now im highly depressed sit at home with no income. very sad think wants to hang myself. the epf money is only can help me stay positive again.

  • Chandran munusamy

    6 bulan tak ada kerja pasal covid 19 ni klu dpt bantuan dari epf ni cukup bagus kerajaan perlu bertimbang rasa mengenai isu ni tq

  • H. Brahm

    Let’s be fair and straight to the point..The 10% was said by you it’s not fair and it’s our own money …by the 10% is not helping but putting up more headache..10k sound more realistic with the current situation.. Please stop making up amount for us totally unfair and disagree with 5 or 10%…WE RAKYAT HAVE OUR RIGHTS TO VOICE OUT

  • Kelvin Ng

    10% nak buat apa kalau yang ada rakyat dalam akaun 1 tinggal Rm2000 baru dapat Rm200 nak buat apa kalau 30% hingga 50% mungking rakyat setuju lagi 10% nanti rakyat semua pening kepala la……

    • Richard Soosay

      I’m unemployed status at the moment & need to housing loan due to no moratorium. Please allow us to withdraw up to 30% from EPF first account or allow to credit the amount into my housing loan account. Thank you

    • Jaja

      We want to withdraw our own money from our epf account 1. 10K is realistic amount to wihdraw. Please let us have it asap as my debts are mounting up….

  • Abdul Razzaq Lau Abdullah

    Definitely 100% i not agree about withdraw 10% from 1 account KWSP. If possible please approve and allow withdraw 10k one pay off because now days so hard life. .Many people’s jobless including myself jobless more than 6 months.. Hopefully government consideration about our situation.. Thank you so much and appreciate it..

    • Maslan Maginda

      Saya sangt setuju dengan cadangan untuk mengeluarkan RM 10 ribu daripada simpan kwsp berbanding hanya 10%, ini tidak dapat membantu mengurangkan masalah yang dihadapai akibat Penyakit convd19 yang semakin teruk dan mengganggu masa pekerjaan terutama seperti saya yang hanya kontrktor kecil sudah tentu terasa dengan keadaan sekarang yang terhad pergerakan. Oleh itu saya merayu kepada kerajaan perikatan national supaya meluluskan pengeluaran RM 10 ribu ini demi membantu meringankan beban yang kami tanggang.

      • Zulfadzli

        Lebih memadai sekiranya kerajaan meluluskan 10k dari acct 1 kerana ramai yang sebenarnya sengsara akibat covid 19..tidak salah sekiranya rakyat mengeluarkan duit EPF sendiri dan dicarumkan semula seperti mana dicadangkan oleh Dato seri Najib sebelum ini..sy sokong 100%..harap kerajaan pertimbangkan lah dan meluluskan ape yg rakyat mahukan..

  • Wan Zahid

    Saya harap pihak kerajaan dan kwsp berikan juga pertimbangan untuk kami yg mempunyai akaun emas dan lg amat terkesan dalam menghadapi tekanan dan kekangan ekonomi supaya dapat membuat pengeluaran

  • Charles Darren Joe

    DSNR idea better
    I think if DSNR was the PM he would have allow that.
    Government stop politicking and allow this method from KWSP

  • Noorhaslina bt abd hamid

    I’m totally agree.. We are straggling here to pay bills and other expenses.. This is such a blessing for us.. We need it now more than ever.. This moment nobody think about the future.. We just think to survive.. Daily..

  • JEGAN BATUMALAY

    I support for rm10000

  • perdaus zahari

    saya setuju sebagai rakyat bawahan yg tertekan akibat covit dan hilang mata percariam fan ada yg tersingkir dari bpn.betul apa ada caruman jika keadaan mendesak mcm ni pon kita tak bole guna duit hasil selama ini carum.masa kinilah amat berguna sangat2 ..mohon PM TSMY PERTIMBANGKAN.

    • Shahrian

      Saya setuju ‘untuk meringankan beban rakyat ‘bt masa sekarang ini pegambilan pekerja dikurang akibat impak covid 19’ramai yang hilang pekerjaan’harap kerajaan pertimbangkan cadangan rakyat….

  • Honey

    Why 10%??so many people jobless and for now cant find job because of this pandemic…Agree if 10k withdrawal in acc 1 ….

  • lisa ismail

    I also agree with one off 10k from kwsp akaun 1. if will help many more people are jobless out there

  • Bahari Bin Mahmud

    Ya..saya sangat2 setuju..keadaan kewangan pun dah krital..megharap sangat2 pihak kerajaan dapat memberi 1 off 10k..duit kwsp saya..terima.kasih..

  • Kumar

    Totally doesn’t agree with the 10percent suggestion…please make it rm10000 one off thank u

  • Mattaew a/l Susai Nathan

    10% I tak setuju… 10k I rasa ok

  • DHARMA

    10k is d better for every solutions

  • veven

    saya tak setuju hanya 10 % saja, lebih kurang 10,000 hanya sekali sahaja, dapat menampung kesusahan sekarang, tak ada kerja, tapi kena hidup.

  • ZUEMS

    Harap kerajaan dapat luluskan dengan kadar segera kepada semua pencarum untuk cairan simpanan/berjaga2 terhadap gelombang covid yang tak menentu…kes yang tiba2 naik mendadak ..pkpd dengan tiba…ekonomi juga turun mendadak….tak tau bila akan tiba2 takde kerja…

  • GUNASEGARAN A/L SILVERAJOO

    10k is good enough to cover up their current outstanding payments and the balance amount can be used for their monthly expenses in future

  • Raganey Kalibah

    i dont agree for 10% 10k is better for every solution…many people jobless including me pls understand our situation

  • Mohd. Nizam Zainal Abidin

    Saya berharap sangat2 sekiranya kerajaan yang sememang terbukti keperihatinnya kepada rakyat dapat membenarkan pengeluaran terhad akaun 1 KWSP.
    Terima kasih

  • Danny

    Saya setuju dgn 10% one off dan sebolehnya utk golongan T20 jg…sbb golongan ini ini jg akan down akibat covid19 yg berlarutan lamanya

  • Ells

    Bantu kami. Kami amat memerlukan duit untuk hidup!

  • Adia66

    Saya setuju supaya wang KWSP akaun 1 boleh dikeluarkan sbb tu duit kita..ni ah masanya pencarum blh menggunakan duit caruman mereka sendiri.

  • Shahnizam

    Stress with the situation, please do something…. !!! We need some an emergency financial oxygen in these bad situasion…

  • Rahman onn

    10k sy setuju.sbp sejak wabak covid ni ada awal bulan 2.2020 sy dh x kje hingga kini.
    Bayang kn lah mcm2 nk tanggung bila dh x kje nk gerak pn x blh dh.
    Harap bantuan kerajaan je BPN.berapa je dpt.

  • ronnytian Bian011

    yaa..baik bagi 10k trus..

  • Farida

    Saya juga amat bersetuju pengeluaran KWSP akaun 1 layak d keluarkan rm10,000 Kerna jumlah ini mmadahai bagi semua rakyat..apapun hal ini sudah menjadi satu harapan yg besar bagi semua rakyat di Malaysia🙏🙏🙏

  • Musbaha

    Saya setuju 10% atau pun RM10k atau yang mana yang tinggi pengeluaran kwsp dari akaun 1..Ini la masanya kerajaan memikirkan masaalah dan kesusahan rakyat dlm meneruskan kelangsungan hidup dlm norma baru ini.

  • Faz Ahmad

    Semoga kerajaan pertimbangkan pengeluaran one off 10k untuk mmbantu rakyat di saat gelombang Covid ni. Yang kami minta tu duit simpanan kami juga.

  • M.Chandran

    Bagus Cadangan Terbaik,pasal covid kewanggan saya makin2 Teruk kerja pun Sdah Kurang.saya Minta kerajaan cepat mukin bagi luluskan perkara ini.boleh selasaikan masalah kewanggan Sy.

  • Yaccob

    Saya sokong sama sekali sekiranya kerajaan mengeluar kan epf dari ecount 1 dengan kedaan dunia sekarang yang tak menentu oleh covid 19

  • Aku rakyat yg tak kerja juga

    Depending on the amount available in the acc.
    maybe boleh set maximum 10K tp untuk yang baru bekerja dan masih muda tapi diberhentikan perlu diberi kelonggaran. Rakyat ramai yang pening ni… kesian..

  • Nazira

    Harap kerajaan dapat meluluskan cadangan ini..
    Semoga terus prihatin terhadap rakyat anda..sekaligus mampu meringankan beban terhadap tekanan ekonomi hidup sekarang.

  • Nick

    Mereka sepatutnya fikir sekarang musim raykat susah., EPF betul untuk masa bersara., tapi sekarang pun susah apa lagi cakap tentang masa bersara., cuba fikir sekarang banyak rakyat kehilangan kerja., kehidupan semakin susah.,

  • Ima

    Saya brharap sgt dapat keluarkn kwsp
    Seperti dikatakn 10k dari akaun 1 ..kami yang bujang ini kehilangan kerja …mereka ada yg tanggungan keluarga ..bayar pinjaman…Harap kerajaan dpt mebantu kami semua golongan bujang ,org dh brkahwin dan warga emas ..
    Amat memerlukan ,rusing hari hari fikir kn mana nak cari duit ….
    Betul kwsp duit utk hari tua kita nnt ttepi tidak salahkan klu kami nk kluar duit hasil titik peluh kami utk masa masa skrg ini …daripada berhuTang baik kami guna duit kami sendiri seperti kwsp … Mohon maaf jika trsalah kata ttepi duit kwsp ini ramai harapkn daripada brhutang dan brmasalah … Harap kerajaan luluskn

  • Faizal Dioh

    Tiada paksaan untuk membuat pengeluran ini. Terpulang kepada individu itu sendiri. Yang nyata kepada kami yang benar-benar terbeban dan terkesan lagi memeritkan dengan situasi sekarang amat berharap kerajaan meluluskan cadangan mantan PM kita YAB Datuk Seri Najib Tun Razak.
    Hidup mesti diteruskan. Bantulah kami meringankan beban sebelum kami dapat memulihkan ekonomi keluarga seperti biasa.

  • Dayang alijah

    Saya setuju rm10k d keluarkan dri akaun 1…sya tinggal d n.sabah perlu kewangan utk keperluan harian segala bekalan makanan dan sebagainya….

  • Mohd Nasir

    Klu bleh pencarum yg brumur 50 keatas yg kekurangan pendapatan benarkn klur semua yg xmau klur dok diam2.

  • Faizul Team Atomy MFA

    Jika itu adalah Jalan terbaik..moge2 dipermudohkan.. saye freelance oil and gas.. sangat2 terkesan Dengan keaaan ekonomi sekarang setahun xder kerja… Tapi saye terus berusaha untuk explore bidang online business… Alhamdulillah ader juge pilihan alternative untuk mendapat side income… Ayoh sahabat2 ku bersama Atomy …jangan putus ase… Jika berminat boleh hubungi 0199132012… Moge mendapat rahmat desebalik ujian berat nin…

  • christina

    i agree with 10k one pay off or maximum 30k twice withdrawel,,this can help economies turn again,and hopefully,,no more incident like Sabah,closed border,n strictly quarantine,and and rakyat can spend money in the country,by then we can ensure our country economy bck in track n we all save frm covid,and the money we withdraw,we can use it to rise again.so, minimum rm10k one pay off and should b maximum rm30k twice payment.so ppl must use it only for needed..dont overspend bcos our old time saving less in our acc 1.only uf u still can gather bck ut before u old,,that would b ok.

  • Zaiton husain

    Saya bharap yg mcm kami tingal acc emas pun dbenarkan. Kami pun perlu kn. Apaa lagi pgidap kncing manis darah tingi.

  • Jaya Thasan

    Apa gunanya caruman simpan basil titik peluh tidak berguna pada saat Kritika sebegini.semoga kerajaan Dan kwsp nempertimbangkan cadangan ini yg nakin dihasratkan rakyat.

  • Rusluzah

    Saya pun setuju..sbb ada company yg da start tolak gaji…x de komisen…tak de bayaran UTK public holidays…org yg berduit mungkin tak terkesan dan tak setuju…tp bg kami yg susah …kami bersetuju..kalau itu salah satu solution dari kerajaan

  • Mohamad Faisal

    Apapun,biarlah pencarum dpt mengunakan wang simpanan mereka drpda hasil titik peluh mereka disaat2 genting sebegini,kerana bg sy apa gunanya disimpan utk hri tua,wahal,. pada masa ini dan saat begini pencarum yg terkesan dgn pandamik covid 19 ini sdg bersusah payah bg meneruskan kelangsungan hidup utk menempuh hari2 yg mendatang dn hari tua nanti..

  • Yan

    Saye setuju ..tpi dapt to semesti Nye Kita guna Kan kesemua Nye kita berjimat ² lah..gune bile perlu sahaja.dlm keadaan sekarang nie pun x leh nk kemana ² pun.bak kata pm alakadar tetapi Ada juadah until disajikan diatas meja until sekeluarga..

  • Faridah Binti Muslim

    Sya sgt2 setuju event dpt kluar lbih pon lgi bgus,dgn keadaan skrg ni xthu nk mntk bantuan dgn sapa,nk pinjam pon kite phm situasi org lain jugk,ni nk siap2 duit rotex insuran ank 6org sklh,sya dh stress suami pon sush nk dpt kje,dari manager terus ambk je kje ape yg bole,ade ank oku,dgn bela kak yg mental lgi..rase2 nk terjun je kenang nsib mmg stress dh ni..kje pon skrg kdai mkn shj xpilih krja dh yg pnting ade bnde nk mkn..rase2 bilalh lgi kerajaan nk simpan duit epf ni,bgi je lh hak rakyat kot,kite yg sush pyh krja,klu kene covid trus pdm gase2 dpt merasa ke??dh mati sok berbalah psl duit jugk lagi,nk bgi2lh mcm kes arwah abam..sush oiiii…hrp kerajaan dpt prtimbangkn

  • Christi Dass

    Setuju dgn cadangan kluar duit epf akaun 1 sbnyak 10% atau selebihnya… Sy sokong sepenuhnya selepas masih cari kerja

  • Nona salem

    Harap kerajaan benarkah pencarum yg umur dah Lebih 50tahun & tak mencarum LG samada dibuang kerja atau self employed yg xda job DiBENARKAN withdraw awal simpanan akaun 1 sekurangnya dpt utk settle home loan . Berilah Keutamaan untuk
    pencarum yg Ada penyakit CTH diabetis, hi BP etc yg Sgt tertekan dng pandemic ni & tak dpt bekerja seperti dahulu.
    Walaupun reschedule loan kalau xda job macam mana nak byr bank? Harap kerajaan bagi pencarum pelbagaj alternatif pengeluaran utk akaun 1 sesuai dng keperluan pencarum yg berlainan Antara 1 dng yg lain( case 2 case basis).
    Harapan Sgt tinggi kerajaan dengar keluh kesah rakyat susah mcm Kami.

  • Joharudin Yahya

    10k or 10% whichever is higher.. for me I prefer 10% I will receive more than 10K..

  • Ahalya

    Saya harap harus dilaksanakan keluaran EPF Akaun 1, saya sebagai Ibu tunggal dengan 2 orang anak yang masih di kolej, BPN pun hanya dapat sekali, lepas tu bila saya semak status tunjuk tidak layak sebab ada syarikat atas nama saya, padahal syarikat tersebut bukan saya punya, ex suami punya, dia tak boleh settle audit fee dia, Secretory, tak proceed dengan kerja mereka, saya sudah letak jawatan tahun 2017, cumma sebahagian share saya 30% belum di tukar dan kerana hal tersebut BPN di hentikan, syarikat ex suami belum submit audit acc tahun 2017, saya dah buat rayuan, pun status tunjuk tidak layak, pada hal, saya tidak dapat apa- apa dari share 30% tersebut, tak ada cukai yang saya bayar, dah ada clear picture, tapi masih tak layak. Bukan semua B40 dapat BPN, lagi lagi hal macam saya ni.

  • KALA

    I’m loosing my job due to covid-19 . Almost 7 month no any support from anyone very hardly tc my kids. Almost I’m lost everything . allowed to take 30k from epf second account. After die who going to use better to use now in this bad situation. Even I don’t have house to stay also now. If we get this money at least I can tc my kids.

  • Aquaric

    kwsp duit simpanan kami…buat apa mau larang ambil duit kami juga…..10k tu untuk Masa covid ni…mengambil Masa yg panjang….Pihak Kwsp tidak boleh larang rakyat untuk mengambil wang sebanyak 10k…sebab tu duit titik peluh kami….

  • Shahrizan Sulaiman

    Ayahanda Muhyiddin klu la setakat rm10k,x tergugat kami dimasa hadapan nnti..Insya Allah cukup belanja 1 keluarga..Di harap Ayahanda Muhyiddin dapat mempertimbangkan permohonan rakyat

  • Lim Tow Chye

    Cadangan saya saya pun setuju dan sokong 100% keluarkan 10k dari kwsp acc 1, tapi yang dalam acc 1 tidak melebihi 10k apa macam nak keluarkan 10k, cadangan saya adalah semacam dengan i-lesteri minima RM 50 dan maksima RM 500,
    Iaitu pay one-of dalam account 1 minima 10%dan maksima 50% buat pilihan kita sendiri.

  • Kay

    Saya harap PM dapat mempertimbangkan pengeluaran 10k secepat yang mungkin dgn keadaan covid19 x tahu bila akan stop dan dgn tiada pendapatan…nak harapkan online biz bukannya selalu dpt buyer beli brg kita. Hanya dgn duit 10k dpt menampung barangan harian dan bayar hutang. Dengan baranagan dapur pun naik harga.

  • Khawari

    Cadangan T.Murugiah tu saya setuju tp dlm ni ramai yg tak faham maksudnya.. 10% atau 10k mana2 yg lbh tinggi.. maknanya kalau dlm akaun 1 ada 200k tu kita blh keluarkan 20k la.. so saya setuju 200% cadangan T.Murugiah tu

  • Huh

    Kdg2 saya beli syur label kuning di psaraya. (Offer).
    Kdg2 saya beli lauk basah label merah itu pun ikan rakyat.( 50% offer). Nk jimatkn duit. Jgn hrplah skrg ni nk mkn ikan yg mhl2 sekilo cicah rm40.00 keatas. Jgn hrplah. Sampai umur 55 nnti rasanya baru boleh rasa yg mhl2..tpi apa guna..jika dah tuapun mkn bkn berselera mcm waktu muda. Anda fhm maksud saya.

  • Mohd hamz

    Setuju 100% pengeluaran rm10,000 Dari kwsp sekarang musim dadurat covid 19, Kita Tak tahu sampai bila…Tak semua org berkerja Masa ini.Rakyat yg berhak atas pengeluaran kwsp.

  • mat jusoh mustapha

    saya juga berharap kerajaan dapat keluar kn duit kwsp secara one of 10k…dengan keadaan skrg dah 1 tahun tk ada kerja kerana virus cv19 kami cukup terdesak…harap kerajaan terus dapat keluar kn je nk pertimbang apa lg…nk tunggu rakyat mati kebuluran dulu ke…

  • Ibu Tunggal

    Sya setuju for 10k dan bukan hanya 10%. 10% kalau ac 1 byk tak apa, kalau sedikit 10% tak byk mna.

  • Saravanan Chelliah

    Saya setuju dqn sokong.

  • Adlin bin mohamad

    Saya sangat bersetuju jika kerajaan membenarkan Pengeluaran KWSP sebanyak 10.000 dari akaun 1 demi
    mempertahankan rakyat semasa keadaan bencana covic 19 yang melanda negara kita malaysia dan seluruh dunia saya pasti ini lah masanya kerajaan lebih memahami kesusahan yang di tanggung oleh rakyat ketika ini dari kami rakyat 🇲🇾 sehati sejiwa

  • Kumar Coro

    The money we save for future but seems like no future like this.. a lot of credits because of covid.. agree with 10K..

  • Muhammad Asri b Harun

    Kerajaan sendiri xmampu dah nak menolong rakyat….kenapa perlu ada sekatan nak keluar duit simpanan sendiri…nak kata lanjutkan moratorium utk bersasar jer…sepatutnya lanjutkan sampai bulan 12 macam sebelum ni tu pun bank dah ada untung melalui pinjaman…..bab kwsp..duit rakyat tu hak rakyat…biar rakyat tentukan…ingatkan 2020 dah maju….tapi masih nak songlap duit rakyat

  • Rayner

    50% secara berpringkat adalah jalan terbaik…..

  • Olytinia pedlis

    Dengan pengeluaran dari akaun 1 amat diperlukan oleh golongan yang susah masa covid 19 ini…ianya dapat membantu banyak sedikit golongan yang susah harap keluaran akaun 1 dapat diberi kepada pencarum kwsp….

  • muhammad azanni yusuf

    betul,sye juga hilang sumber pndapatn,ilang kerje,kalu bujang xpe,sye ank 4,cri kerje sane sini sume xnk ambil pkrje

  • DN

    Been trying to get financing here and there. Lots and lots of alasan. Tak layak itu, tak layak ini, tak cukup itu, tak cukup ini. Takkan nak keluarkan duit sendiri pun nak kena tengok kelayakan.

  • Mohd kizoe

    pernah ke ambik tahu kami sekeluarga makan apa? rumah pun bank nak lelong.. Lepas ni kt mana kami anak beranak nak berteduh. Keadaan amat lah mendesak.. saya perlukan duit untuk meneruskan kehidupan kami. Kalau boleh keluar 10k kwsp acc 1 ringanlah sedikit beban orang yang senasib dengan saya.. saya tak minta pinjaman atau derma.. saya cuma minta hak saya

  • Rosmah

    Harap dpt pertimbangan permintaan rakyat,sbgai rakyat kami ingin tuntut hak kami,sya x bekerja Dan harus menanggung ibu bapa sya yg sedang sakit dlm keadaan ekonomi merosot kerja pun diberhentikan kerana covid Bantu la kami Dan rakyat2 yg sedang mengalami kesusahan yg sama seperti sya dan keluarga

  • Boy

    Harap kerajaan dpt tunaikan permintaan kami kerana sya telah hilang pekerjaan kerana covid biar pun sya bujang tp sya Ada tanggungjwb kepada org tua sya dan kwsp acc2 sya telah abis dari Mana lg sya perlu mencari selain memohon bantuan dri kerajaan please help rakyat

  • CoLLiNg

    Savings are meant to be used during times of emergency, and this is not the time for us to used our own saving to get passed this rough period. Rm10k

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

*