Kes positif global lepasi 56.6 juta, korban cecah 1.35 juta

Kes positif global lepasi 56.6 juta, korban cecah 1.35 juta

WASHINGTON, Nov 20: Jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di seluruh dunia kini melepasi 56.6 juta. Ini berikutan lebih ratusan ribu jangkitan baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam.

Kes positif global kini berjumlah 56,684,638. Setakat Jumaat (20 November), data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan 11.64 juta kes jangkitan.

Ini diikuti India dengan 8.95 juta kes, manakala Brazil merekodkan 5.94 juta kes. Jangkitan positif COVID-19 di Perancis (2,136,867), Rusia (1,998,966), Sepanyol (1,541,574), United Kingdom (1,456,94), Argentina (1,339,337), Itali (1,308,528), Colombia (1,218,003 dan Mexico (1,015,071) pula melepasi satu juta kes.

Sementara itu, Peru (939,931), Jerman (877,945), Iran (815,117), Poland (796,798), Afrika Selatan (757,144), Ukraine (600,152), Belgium (545,787), Chile (536,012) dan Iraq (529,226) termasuk dalam negara yang merekodkan lebih setengah juta kes.

Dalam pada itu, jumlah kumulatif kematian akibat pandemik COVID-19 mencecah 1.35 juta kes di seluruh dunia. Statistik Johns Hopkins University menunjukkan jumlah kumulatif kematian global akibat COVID-19 terkini adalah sebanyak 1,356,365 kes.

Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 251,756 kes, diikuti Brazil dengan 167,455 kes. India dan Mexico pula masing-masing merekodkan lebih 131,578 dan 99,528 kes kematian, manakala kematian di United Kingdom mencatat 53,870 kes.

Google+ Linkedin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

*